Selamat datang ke blog East Chynta.
Terima kasih sudi singgah blog yang tak seberapa ni.
Terima kasih juga pada kawan2 yang jadi follower di sini.

Segala nukilan di sini adalah dari idea2 yang datang spontan dari minda ni.
Maaf kalau ada yang kurang senang dengan cerita East. Apa yang di tulis hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati. Jika sama itu mungkin satu kebetulan.
Semoga anda terhibur :D

ANDA ORANG YANG KE

JOM FOLLOW SINI RAMAI2

Monday, September 26, 2011

MINAH SENGET vs MAMAT SEWEL

Entah kemana pergi menghilangnya dirimu. Di saat aku memerlukan kau disampingku, engkau makin jauh pergi. Berhari, berminggu, berbulan kunanti. Namun tiada jawapan. Katamu kau hanya akan pergi sebentar...hanya seketika sahaja perpisahan ini...akan kau utuskan perkhabaran kepadaku...tetapi apa yang kudapat hanyalah sepi...makin lama kumenanti makin tersiksa jiwaku. Haruskah aku menanti? Menanti dan terus menanti...

Arhhhh...bingungnya aku. Sampai bila?


“Elin sudah la..buat apa kau tunggukan si Aril tu lagi...”Jaja tahu sahaja apa yang berada difikiranku.


“Entahla Jaja...aku tak tahu...perlukah aku tunggu dia lagi...”


“Tak perlu. Banyak lagi lelaki di luar sana.Si Akim tu ada depan mata kau..tapi tak pernah kau nak bagi peluang pada dia. Kalau dia sayangkan kau, dia takkan buat kau menanti begini Elin.”


“Aku tahu...tapi hati aku takda pada dia... Aku dah cuba timbulkan perasaan tu tapi takda..takkan aku nak paksa...”


“Jawapan semuanya ada pada kau Elin..aku takut penantian kau hanya membuatkan kau kecewa nanti...”memang betul kata-kata Jaja. Sekarang pun aku sudah cukup kecewa. Aril tak hubungi kulangsung. Panggilanku dan mesej dariku tak berjawab. Mungkin dia mahu melarikan diri dariku. Apa yang dilakukannya sepatutnya dapat menyedarkan aku...itu merupakan salah satu petanda yang aku tidak diperlukan lagi...


Aku sudah lama tidak mendapat perkhabaran Aril. Sudah hampir 11 bulan. Kini aku sendiri faham...mungkin maksudnya, dia ingin aku lupakan dirinya.


Aku bangun dan keluar dari kamarku. Perlahanku menuju ke peti ais dan ku bukanya. Lama kuperhati isi peti ais...apa yang hendak di masak. Hari ini giliran aku untuk memasak. Sebenarnya malas pun ada sebenarnya...mood aku hilang terbang dengan perasaanku tadi.

Akhirnya aku mengambil susu kotak dan ku tuang ke gelas dan terus pergi ke ruang tamu. Aku menekan punat tv dan kucapai pula remote astro...semua channel astro kutekan tapi satu pun tidak menarik minatku. Membosankan....


“Kau kenapa ni Elin...tak habis-habis lagi fikirkan Aril.?”Jaja yang dari tadi memerhatiku mula rimas melihat kelakuanku.


“Tak...”


“Habis tu kenapa...?”


“Mood aku hilang..”


“Hahah...hilang di bawa Aril ke? Sudah la Elin...sekarang kau cuba lupakan Aril....kau bina hidup baru kau...”


“Entah la....”


“Telinga aku ni naik basah je dengar jawapan kau.... sikit-sikit entah....sikit-sikit entah... hey...rimas la aku tengok kau macam ni...”


“Kenapa pula telinga kau nak naik basah...taik telinga kau dah cair ke?”balasku selamba.


“Eeee...pengotor la...”Jaja membalingkan bantal ke arahku. Salah ke cakap aku...kan tadi Jaja kata telinga dia nak naik basah.


“Wei...esok kita dah nak mula kelas. Memandangkan esok hari pertama kita di kolej tu, apa kata kita pergi keluar shopping. Dan kau belanja aku makan di luar je. Kan kau malas nak masak hari ni...”


“Good idea...”


“Tapi kau belanja.”Jaja membalingku bantal kecil ke arahku. Mujur sempay kusambut.


“Aku jugak..”


“Ye la..kan hari ni turn kau...ok la Elin, jom siap...perut aku dah nak berkeroncong ni...dangdut..hip hop...semuanya ada...”


Aku berdiri lama dihadapan cermin. Betulkah ini yang perlu aku lakukan. Hah!!! Mungkin ini yang terbaik untuk aku...betul kata Jaja, aku perlu bina hidup baru. Memandangkan esok adalah hari pertamaku di kolej, aku akan ubah segala-galanya tentang diriku.. Biar orang kenal aku dengan Elin yang ada sekarang. Dengan yakin sekali aku melangkah keluar dari bilikku.


“Ahhhhhhhhhhhh”tiba-tiba Jaja yang juga keluar dari biliknya menjerit ketakutan. Ditekup mukanya rapat.


“Wei...kau kenapa Jaja....”


“Ada orang laki masuk dalam rumah kita...”Jaja masih menekup mukanya.


“ Mana ada sesapa di sini. Kita berdua je yang ada...”


“Betul aku nampak....dia pakai seluar jeans lusuh dengan baju t-shirt...dan dia pakai kopi...”aku mendengar satu-persatu yang disebut Jaja..semuanya sama dengan aku...terbahak aku ketawakan Jaja. Perlahan dia menarik tangan yang menutup mukanya. Terlopong Jaja melihat aku...ternganga bulat....hahah...


“Ya Allah...kau ke Elin. Aku mati-mati ingat jantan mana...”berkali-kali Jaja memusing mengelilingiku...seperti bertawaf.


“Apa ni wei...?”


“Kau juga nak aku berubah kan?”


“Memang la...tapi bukan berubah jadi gini...ini dah lain Elin...memang lain dari yang lain..”


“Arhh....aku tak kisah la. Janji aku bahagia...Jom la kita pergi makan...lepas tu kita shopping”aku membawa Jaja menaiki skuter ku. Dan tempat yang akan kami tuju adalah ke Central Square.... CS tunggu kami...kami datang ni.....


…..........


Hmmm...memang sedap..lapar betul la aku hari ni...aku tidak peduli mata yang memandangku...peduli apa aku...

“Wei...agak-agak la. Macam berapa tahun kau tak makan.”


“Memang pun...dah lama aku tak makan macam ni...”

Jaja hanya memerhatiku. Tidak berkelip-kelip matanya memandangku.


“Apa tengok-tengok? Kau suka aku ke?”sinis ku. Sengaja mahu usik teman baikku itu.


“Eeee....tak kuasa aku? Kau serious ke Elin? Nak berpenampilan begini? Kau tak fikir ke nanti orang kutuk kau...?”

tanya Jaja sambil matanya keliling melihat orang sekeliling. Memang ada mata yang memandang mereka berdua. Entah apa yang berada difikiran mereka pun tidak aku tahu. Peduli apa aku dengan cakap-cakap mereka.


“Eh...kau tengok, mamat-mamat depan tu...dok sinis-sinis kat kita. Entah-entah dorang fikir kita ni.......”


“Kita ni apa? Lesbian?”belum sempat Jaja menghabiskan percakapannya aku lebih dahulu menyambung percakapannya.


Memang mereka semua memandang ke arah kami. Aku juga dengar mereka semua mengata tentang aku dan Jaja.


“Ye la. Dah la kita berdua je. Boleh menimbulkan fitnah.”jelas Jaja.

Kata-katanya itu hanya buat menggelikan hati ku saja. Tersembul sekali lagi tawaku. Begitu jauh sekali pemikiran Jaja. Ada-ada je kau Jaja. Buat urat perut aku nak terputus je.


“Wei...kenapa kau gelak? Aku buat lawak ke?”


“Memang lawak!!!”bertubi-tubi aku menepuk meja seperti berkompang. Berkerut dahi Jaja melihat tingkah-lakuku.


“Kau biar betul Elin. Kau ni memang dah lain. Mana Elin yang aku kenal dulu. Yang lemah-lembut. Kau kena sampuk ke?”


“Aku kena sampuk? Hahah memang pun.”


“Kau jangan takutkan aku...”


“Hei..sengal juga kau ni ye? Kau percaya aku kena sampuk? Sudah la Jaja jangan nak buat lawak. Sekarang aku nak kau kenal Elin yang ada dihadapan kau ni. Elin yang dulu dah takde. Ada faham?!!”Jaja menganggukkan kepalanya sambil mulutnya menghirup fresh orange laju.


“Hai boleh berkenalan?”tiba-tiba ada suara nakal dibelakang kami. Dia nak berkenalan dengan siapa? Aku atau Jaja...owh mungkin Jaja agaknya. Takkan aku bergaya begini masih ada yang berkenan nak berkenalan dengan aku. Jaja tidak mempedulikan suara itu..begitu juga aku.


“Wei...sombong la. Oh aku tersalah mengorat. Rupanya ni pasangan kekasih la beb.”lelaki itu mengelui kawannya yang berada di meja hadapan. Ini dah lebih mamat ni. Memang nak cari nahas dengan aku...


“Kau ni apahal?”tanyaku geram.


“Ops!! Terasa ye bang?”


“Ni dah melampau. Kau memang cari nahas dengan aku... Nah ambik ni!!”aku mengambil milo panas yang kupesan tadi dan ku jirus ke badan lelaki dihadapanku itu.


“Ouchhh...woi!!sakit la..air panas tu.”


“Padan muka kau. Kenapa tak puas hati lagi?”


“Memang aku tak puas hati...”


“Oh!! Ye ke? Kejap ye..”sekali lagi ku jirus air fresh orange pula ke mukanya pula. Hahah padan muka kau.


“Sekarang aku dah puas hati. Lain kali jaga sikit mulut tu.. Jom la Jaja. Aku takde selera nak makan kat sini.. Ada sampah!!”aku terus bangun dan pergi ke kaunter walaupun makanan kami masih tidak luak.


“Woi..kau tu la sampah. Sampah masyarakat!!!”jerit lelaki itu kuat. Semua mata memandang ke arahku. Sekali lagi dia menaikkan api kemarahan aku. Laju kaki aku pergi ke arah lelaki tadi. Satu tumbukan naik ke mukanya dan aku terus pergi. Wah!! Betul ke aku ni? Seronok juga macam ni..boleh juga aku ajar jantan macam dia tu. Aku rasa puas sangat...aku rasa segala kemarahan, geram dan sakit hatiku kepada Aril hilang. Aku rasa puas..puas!!!


…..


Hari ini adalah hari pertama aku dan Jaja melangkah ke kolej. Hari pertama pengajian kami. Memandangkan permohonan aku untuk ke IPTA tidak berjaya terpaksa juga aku sambung belajar di IPTS ni. Takpe, janji aku dapat sambung belajar walau di mana je.

Aku datang dengan penampilan ku yang terbaru. Apa aku nak malu...bukannya aku tak pakai baju. Betul tak? Betul kan?


“Elin. Kau ni nekad ke?”


“Nekad apa?”


“Berpenampilan gini. Kau tengok yang lain semuanya kemas je.”


“Takde maknanya Jaja oi... Kau tengok tu minah depan tu. Dia pakai skirt pendek je. Takde sape kalut pun. Sekurang-kurangnya aku cukup juga kain.”balas ku perlahan.


“Hai...awak berdua kelas Pengurusan juga ke?”seorang lelaki dan teman-temannya menghampiri kami berdua.


“Yup..”balasku ringkas.


“Oh!! Sama la. Saya Adam Hakimi dan semua ni kawan-kawan saya. Jadi kita semua satu kelas la.”balas Adam ramah.


“Saya Norafiza panggil Jaja je.”Jaja menyambut huluran salaman Adam.


“Sorang lagi ni?”


“Aku Elin.”aku hanya mentabik saja. Tidak pula aku hulurkan tanganku untuk bersalam.


“Ok..gembira dapat kenal korang berdua.”


“Hoi dengan kami tak nak kenal ke?”aku kenal je suara lelaki itu. Memang aku cam sekali. Ini yang nak buat darah aku naik ni. Berhoi pulak.


“Apa hoi..tak reti nak bagi salam..”balas ku kuat.


“Eh..eleh. Kecoh la minat senget ni.”


“Sape yang senget?”


“Kau la senget!!”balasnya lagi.


“Kau kata apa?”aku melangah kakiku ke arah lelaki itu. Masih belum berganjak. Mukanya lebam. Mesti bekas tumbukan aku semalam.


“Minah senget!!!”


“Kau nak ni lagi. Tak puas lagi?”aku menunjukkan segenggam penumbuk. Tahu pulak mengelak. Takut la tu..


“Aku tak lawan orang perempuan macam kau...”sinis lelaki itu.


“Woi...Jeffry dengan perempuan pun kau nak gaduh ke?”Adam beranikan diri menegur seniornya. Dia memang kenal sangat dengan Jeffry rupanya. Satu rumah sewa.


“Kau tak tahu jangan masuk campur.”marah Jeffry. Masih tidak puas hati denganku.


“Kau tahu. Ni muka aku lebam sebab perempuan senget ni la”jelas Jeffry lagi.


“Sedap kau panggil aku minat senget. Abis tu kau tu apa? Mamat sewel?


“Amboi sedapnya mulut minah senget ni. Ishhh....”Jeffry mengangkat tangannya untuk menampar pipiku. Tapi aku lebih cepat menangkap tangannya dari hinggap ke pipiku. Kalau kena mahu merah muka aku kesakitan. Nasib baik la aku cekap mengelak...al maklumlah aku ni ada tali pinggang hitam masa persilatan dahulu. Kalau berani mari la...


“Berani kau nak tampar aku.?”aku mengilas tangannya kebelakang.


“Woi senget!!!Sakit la”


“Kau ni memang sewel.”aku menolaknya kasar. Padan muka kau,jahat sangat mulut tu. Terjelepuk dia jatuh. Inilah balasannya kalau mulut tu jahat sangat.


Aku terus pergi tinggalkannya terjelepuk di situ. Kawan-kawannya sibuk menolongnya. Aku pun tak tahu kenapa kini aku senang sangat naik angin tambah-tambah lagi dengat mat sewel tu.


“Elin..kau ada silat ke beb?”tanya Adam. Aku hanya menjeling dan melemparkan senyuman sinis.


“Boleh tahan kau tadi.”


“Aku ada belajar dulu. Malah wakil negeri lagi. Kalau kau pun nak cuba penangan aku, kau boleh buat macam mat sewel tu.”jawabku tidak puas hati. Hari pertama je aku dah ada musuh. Dah ada masalah di kolej.


“Wei..tak baik kau panggil dia mat sewel. Nama dia Jeffry la.”tegur Adam.


“Dia yang start dulu gelar aku. Kalau dia tak mulakan, aku tak usik.”


“Ye la Elin. Tak sangka pulak aku kau ada asas silat. Kau tak bagitahu aku pun.”Jaja pula mencelah.


Arh...malaslah aku nak melayan pertanyaan korang semua ni. Angin aku memang tengah tak baik. Di tambah pula aku sekarang tengah bulan mengambang..mahu je aku cepat naik angin. Biasalah..aku kalau time gini semua je aku nak marah.


….........


Aku membelek handsetku lama. Dan akhirnya aku menekan dial nomber Aril. Entah kenapa Aril masih berda dalam fikiranku. Memang aku rindukan dia. Diluar memang aku berubah tapi dalam hatiku ia tetap sama.


“Hello..”


“Hello siapa tu?”suara perempuan yang mengangkat telefon Aril. Takkan Aril sudah tukarkan nomber.


“Boleh saya bercakap dengan Aril?”


“Siapa ni? Buat apa awak nak cakap dengan boyfriend saya. Awak siapa?”suaranya sedikit kedengaran seperti marah.

“Saya Elin kawan dia.”


“Owh...Elin yang Aril cerita tu.”apa yang Aril ceritakan tentang aku. Pelik.!!


“Apa yang dia cerita?”aku semakin ingin tahu. Malah jantung ku makin laju berdegup. Rupanya Aril sudah ada pengganti diriku. Patutla dia lupakan aku.


“Kau la perempuan murah yang tergila-gila kan Aril tu. Orang tak suka di kejar-kejar pula. Hei perempuan! Kau dengar sini ye. Kau jangan sesekali nak ganggu Aril lagi!!!”


“Sape yang call sayang?”aku cam suara dibelakang talian tu. Memang aku kenal sangat-sangat. Itu memang suara Aril. Betapa hancurnya hatiku kini. Apa yang dibuatnya dengan perempuan tu?


“Salah nomber la sayang. Sayang tidur dulu ye?”manja suara wanita itu membalasnya. Seolah-olah merengek manja. Aku terus matikan talian. Laju airmataku jatuh. Sungguh tidak aku menyangka Aril boleh berubah sebegitu teruk sekali.

Aku benci kau Aril. Penipu!!! Kau jahat. Kau lelaki tak guna!! Aku mengambil semua gambar Aril dan pemberiannya..kuletakkan dalam kotak. Aku tak mahu simpan lagi barang-barang ini semua. Aku jijik untuk bersama kau lagi Aril....kau penipu.


Betapa sakitnya hatiku kini. Memang hancur sekali hatiku ini. Kenapa Aril buat aku begini. Dulu dia minta aku tunggunya walau apa pun terjadi. Sehingga sekarang aku setia kepadanya tapi ini pula balasannya.


“Sayang..Aril dapat kerja di Singapura. Jadi kita terpaksa berpisah buat sementara waktu..”aku mula menarik muka. Kenapa jauh sangat. Takkan di Perak ni dah tekde kerja hingga sampai ke Singapura pula.


“Alala...majok la tu. Aril janji nanti di sana Aril akan sentiasa hubungi sayang. Sayang kenala tunggu Aril. Tak lama. Aril perlu stay di sana dalam 1 tahun lebih je.”


“Betul ni?”


“Betul la sayang. Tapi sayang mesti tunggu sampai Aril balik. Sepatutnya Aril yang perlu risau sebab nak tinggal sayang lama-lama..”


“Napa pulak?”


“Nanti ada orang lain kebas sayang. Dah la buah hati Aril ni cantik. Tak sanggup Aril.”


“Mana ada. Sayang cuma ada Aril sorang je.”


“Sayang kena janji dengan Aril. Walau apa pun terjadi sayang perlu tunggu Aril. Lepas je Aril balik sini, Aril akan hantar rombongan ke rumah sayang. Kita bertunang dulu.”

Tetiba je aku teringatkan saat-saat itu.


“Arhhhhhhhhhh”aku benci..benci...benci!!!! Habis bantal ku baling. Dan semua barang dimeja solek habisku libas dengan tanganku. Aku bagaikan hilang pertimbangan.


“Elin..kau kenapa?”Jaja berada di depan pintu bilikku. Bertalu-talu dia menegetuk pintu bilikku.


“Elin..kau ok ke?”

Aku tidak pedulikan ketukan pintu diluar. Aku duduk dihujung katil sambil menangis sepuasnya. Aku betul-betul sakit hati. Entah kenapa terasa sakit sangat hati aku ini hingga buatkan jiwaku tersentap sebegini. Memang terasa sakit yang teramat. Tidak pernah aku rasai semua ini sebelum ini tapi malam ni aku sendiri merasai betapa sakitnya, bila hatiku ini dikecewakan.


“Titttt...tittt...titttt....tittttt...”jam loceng berbunyi kencang. Aku megagau jam yang bising. Walaupun malas hendah membuka mata aku gagahkan juga untuk melihat waktu ini. Arh..dah pukul 8pagi. Kenapa aku tidur disini? Oh rupanya aku tertidur disini setelah semalaman aku menangisi kekecewaanku. Tidak!!! Aku tidak boleh lemah. Aku tak boleh titiskan airmataku ini untuk orang seperti Aril. Aku perlu kuat. Aku perlu bangun dari semua ni.


“Elin!!! Cepat siap. Kau taknak pergi kelas ke?”jerit Jaja dari luar.


“Jap...aku mandi dulu.”balasku.


Setelah selesai bersiap aku terus mengambil beg ku yang tergantung. Kalut ku pulas bonggol pintu bilikku. Aku tidak lupa untuk membawa sekali kotak yang penuh dengan pemberian Aril.


“Kau kenapa semalam Elin?”tanya Jaja setelah mendapati aku keluar dari bilikku.


“Semalam? Kenapa ye?”aku pura-pura tidak tahu apa yang terjadi semalam.


“Kau menjerit semalam.”


“Bila aku menjerit. Kau salah dengar agaknya.”aku mencapai mug dan kutuangkan serbuk milo 3 in 1 dan kutuang pula air panas.


“Kau meracau agaknya...kuat kau jerit semalam.”


“Agaknya. Mana aku nak sedar. Kau ni pun...”

Aku lantas bangun dan bawa kotak itu ke skuterku.


“Kau nak ke mana? Tunggu la aku. Aku nak tumpang.”Jerit Jaja.


“Cepat la...”


Skuterku meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Aku perlahankan skuter dan berhenti betul-betul di hadapan tong sampah besar lalu kubuang semua sampah yang kuhimpun semalam. Semuanya tidak bermakna lagi untuk aku. Bagiku itu semuanya sampah yang menyemakkan bilikku sahaja. Aku tak mahu ada sedikit pun sisa pemberian Aril.


Setelah sampai di kolej aku perasan ada sekumpulan geng mat sewel sedang hingar-bingar bila nampak kelibatku. Budak-budak ni pun nak buat hal. Sakit hati aku tak habis lagi nak sakitkan hatiku lagi. Aku mengetap bibir.


“Wei..sabar Elin. Kau jangan nak buat hal. Kita baru lagi kat sini.”Jaja cuba menenangkan aku bila dia perasan aku macam cacing kepanasan.


“Jom..jangan layan...”Jaja menarik tanganku laju masuk ke kelas. Mujur ada Jaja, kalau tak habis semua tu aku hentam.


“Uik Elin. Kau kenapa?”Adam yang baru masuk ke kelas menghampiri aku. Macam mana dia tahu aku tengah tension ni. Agaknya muka aku ni dah teruk semacam ke? Sampai Adam pun boleh perasan.


“ Takde apa la beb..”


“Masam mencuka je kau kata takde apa?”


“Arh!! Sibuk la kau ni.”


“Relaks la beb. Aku pun kau nak marah ke? Ni mesti sebab si Jeffry kan?”


“Boleh kau tanya. Kau pun ada sekali dengan dorang tadi. Kau pun mengutuk aku kan?”marahku lagi.


“Wei mana ada. Kami kan satu rumah. Biasa la kalau lepak-lepak sekaki.”


“Dorang ada kutuk aku tak?”

Adam hanya mengetap bibirnya. Agaknya tak terkeluar nak bagitahu. Takut aku mengamuk pula kot...


“Ada tak!!?”


“Ala..macam biasa la.”


“Kau pun sama tiga suku macam si mat sewel tu.


Adam bertukar tempat. Takut nak jawab soalan aku agaknya. Kali ini dia pergi duduk disebelah Jaja pula dan aku perasan mereka berdua berbisik-bisik sesuatu sambil mata mencuri memandang ke arahku.


“Mengutuk aku ke?”kataku dengan suara sinis.


Entah kenapa pula si mamat sewel tu berligar dalam kepala aku ni. Naik menyampah aku.

Setelah tamat kelas Perakaunan aku terus keluar dari kelas. Aku tidak pedulikan Jaja dan Adam. Aku ada hal nak diselesaikan. Aku mencari Jeffry.. aku pun tak tahu kenapa aku perlu cari dia. Kaki ni rasa ringan je nak dapatkan Jeffry.

Aku mendengar deraian tawa yang cukup kuat di parkir kereta. Mesti itu mamat sewel and the geng. Aku mengikut ke arah suara yang hingar dan langkahku mula terhenti. Aku nak jumpa dia buat apa? Nak marah atau nak minta maaf?Ish...konfius aku..aku pun tak tahu nak buat apa.


“Hahah...macam tu nak jadi awek aku..boleh belah la. Kau ingat aku nak sangat minah senget tu. Dah la macam jantan tak cukup sifat. Banyak lagi perempuan yang cantik-cantik kat luar sana. Geli la aku kalau tersangkut minah lesbian...eeeee...”


“Tapi aku tengok dia boleh tahan cantik bro. Cuba kau bayangkan kalau dia dressup. Mesti cantik bro”


“Ah!!Takde maknanya. Perempuan macam tu elok letak kat longgok sampah je. Tempat tu je yang sesuai...”Amboi mamat sewel ni. Ini dah melampau. Dia samakan aku dengan sampah. Tak boleh jadi ni.


“Apa kau cakap? Kau samakan aku dengan sampah?!!”tanyaku sinis. Kali ini aku berdiri betul-betul depan mamat sewel.


“Betul. Kenapa?”


“Mulut kau ada insurans?”


“Mana ada insurans untuk mulut.”Mamat sewel terus ketawa dengan teman-temannya.



“Nah ambik ni...”satu lagi tumbukan naik ke mukanya. “Lain kali pergi ambik insurans. Mulut tu jaga sikit.”


“Ni dah lebih..”Mamat sewel tidak puas hati.


“Kau tu yang dah lebih. Memang inilah padahnya..”


Elin dan Adam mendapatkan aku. Elin menarikku jauh dari Jeffry. Adam pula cuba menenangkan Jeffry.

“Jaga kau minah senget. Kau ingat aku tak berani nak balas balik.”mamat sewel meronta kuat. Aku tahu dia masih tak puas hati.


“Hei...apa yang bising ni.”Encik Haikal yang juga pensyarah kami mula masuk campur. Di cekak pinggangnya. Di tangannya ada rotan. Kalau kena rotan sakit juga tu...


“Kamu berdua ni apahal?”Encik Haikal menunding rotan ke arah kami berdua.


“Dia yang mula dulu.”


“Eh...aku pulak. Kau yang hentam aku dulu.”balas mamat sewel tak puas hati.


“Tapi kau yang mula dulu kutuk aku.”


“Tak!! Dia yang tumbuk muka saya dulu...”


“Tak!!! Dia dulu...”balasku pula


“Sudah!!! Sudah!! Sudah!! Eeee..buat serabut layan kamu berdua ni. Awak berdua ikut saya.”

Aku mengeluh panjang. Baru hari ke dua dah buat hal. Kalau mama dan baba tahu mati aku.

Kini kami berdua berdiri sebelah menyebelah. Hanya jarak dalam dua kaki je.


“Awak berdua ada masalah apa? Cerita pada saya.”soal Encik Haikal lembut.


“Dia tumbuk muka saya.”jawab Jeffry laju.


“Betul ni?”soal En Haikal lagi. Dia memandangku pula inginkan jawapan.


“Dah dia hina saya..kutuk saya...saya tumbuk je la.”balasku.


“Awak pelajar baru di sini kan?”


Aku hanya menganggukkan kepalaku. Lalu kutundukkan sedikit kepalaku.


Encik Haikal hanya mengelengkan kepala. Dia memusing pula berkali-kali seperti bertawaf. Lalu langkahnya berhenti dihadapanku.


“Pakai pakaian kemas sikit.”tegurnya kepada ku.


Kemudian dia melangkah dua langkah sebelah kananku pula.

“Lain kali jaga sikit mulut tu. Awak ni tak habis-habis suka cari masalah dengan orang.”padan muka kau mamat sewel.



Aku mengangkat ibu jariku ke arah mamat sewel. Sekali dia balas penumbuk ke arah aku.


“Apa lagi ni kamu berdua ni.? Nak bergaduh lagi?”


“Dia mula dulu.”balas mamat sewel laju.


“Saya tak tahulah kamu berdua ni. Saya bagi kahwin baru tahu...”


“Taknak lah saya kahwin pompuan macam ni...”balas mamat sewel.


“Aku pun tak ingin la. Dah la macam mat bangla, dah la sewel pula tu.”balasku kasar.


“Kau tu pun sama. Nyonya jual ikan. Senget!!!”kali ini kami berdua tidak peduli lagi dengan encik Haikal.


Aku menolak badan mamat sewel kasar dan dia membalas balik tolakan.


“Sudah!!! Kamu berdua tunggu sini. Awak berdua nak gaduh sangat kan...silakan?”encik Haikal terus keluar dari bilik dan beberapa minit kemudian dia masuk kembali memanggil kami berdua untuk ikutnya.


“Kamu Jef duduk sebelah kanan..Kamu Elin duduk sini...”alahai apa pulak encik Haikal ni.


“Kamu bersanding sini sampai pukul 4 petang ni... Saya kahwinkan kamu berdua...”

Malunya aku. Apa la Encik Haikal ni...ada ke patut dia denda aku macam ni.


Encik Haikal menepuk tangannya kuat. Sambil mulutnya menyanyi lagu selamat pengantin baru. Sewel juga encik Haikal ni...

“Dengar sini. Hari ni kolej kita ada buat majlis persandingan. Jempu-jemput la tabur bunga rampai...”heeeeeeee...nak kena juga encik haikal ni.


…..............................


Akhirnya sudah 4 bulan juga aku belajar di sini. Pelajaran aku alhamdulillah ok je. Keputusan peperiksaan aku pun bagus je. Takde la cukup-cukup makan macam di sekolah menengah dulu. Dulu masa sekolah kalau aku macam ni mesti aku dah dapat masuk IPTA. Ini gara-gara cinta monyet aku dengan Si Aril tu la...sampaikan belajar pun entah ke mana. Al maklumlah tengah angau bercinta.


“Nak balik dah ke?”tegur Adam.


“Aku nak balik la beb. Napa?”


“Jom la lepak-lepak dulu kat kedai depan tu.”


“Ye la Elin jom la..”pujuk pula Jaja.


“Aku tak nak la kacau daun. Korang berduakan tengah angau bercinta.”sekarang Adam dan Jaja dah jadi pasangan kekasih tau. Mereka berdua asyik berkepik je...dah macam belangkas.


“Eh mana ada...jom la”Adam semawa ku lagi.


“Takpe la...aku nak ke CS jap. Nak beli barang sikit.”


“Kau nak kami teman?”tanya Jaja.


“Tak yah la... Aku boleh pergi sendiri. Ok la wei...aku cau dulu..”


Aku terus pergi tinggalkan mereka berdua. Laju skuter ku meluncur ke CS. Aku perasan ada kereta mengikuti aku dari tadi. Arh mungkin perasaan aku sahaja. Siapa la pulak nak ikut aku.

Aku meletakkan skuterku betul-betul dihadapan kedai CELCOM. Dan aku terus berjalan masuk ke muka pintu Central Square. Ramai sungguh hari ni. Aku terus berjalan sendiri. Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk. Dan kaki ku terhenti di depan pintu butik. Aku membelek baju kebaya yang dipakai patung di depan pintu. Cantik!! Dah lama aku tak kenakan baju kebaya di badanku. Rindu pulak nak pakai baju macam ni. Aku ringankan kakiku melangkah ke dalam butik. Satu persatu baju aku belek. Semuanya cantik-cantik. Aku terpandang satu baju kebaya biru muda yang tergantung. Tak berkeli-kelip aku memandang. Berkenan sungguh aku dengan baju tu...saiz aku pula tu... Ish nak ambil ke tak nak...nak ambil ke tak nak..

“Adik nak baju tu ke?”suara wanita mula menegurku.


“Erhmm...boleh saya tengok dulu baju tu...”


“Boleh...jap ye..saya ambilkan.”wanita itu yang nampak sedikit berusia dariku mencapai baju itu dengan kayu panjang.


“Nah...adik boleh cuba dulu.”aku mengambil dan perlahan aku melangkah ke bilik persalinan baju. Sudah siap aku aku mencuba aku keluar inginkan pendapat kakak tadi.


“Macam mana kak. Ok tak?”tanyaku...sambil aku berjalan seperti seorang model dan rambutku yang ikal mayang ni kulepaskan. Kemudian langkahku terhenti bila aku tersedar di sebelah kakak tadi ada seseorang yang sangat-sangat aku kenali. Terlopong dia memandang aku.


“Hmmm...cantik sangat. Sesuai sangat dengan adik.”kakak dihadapanku itu memujiku.

Aku terus masuk balik ke bilik persalinan dan kutukar balik bajuku tadi. Dan ku keluar dan kuberikan balik kepada kakak yang juga mungkin pemilik butik ni.


“Macamna dik..nak ambil tak?”


“Takpe la kak...saya ada hal...”aku terus pergi. Aku tak jadi nak ambil baju kebaya tu... Aku terus melangkah kaki laju ke The Store pula. Baik aku cari stok makanan. Baru aku hendak terus melangkah tanganku disentap seseorang... ku toleh dan alangkah terkejutnya aku bila melihat Aril kini berada betul-betul dihadapanku.


“Elina...”Aril menyebut nama penuhku.


“Aril. Apa awak buat di sini.?”tanyaku inginkan kepastian.


“Elina..betul ke ni awak?”tanya Aril lagi.


“Kenapa? Tak percaya?”


“Kenapa berubah sampai begini? Semua ni sebab Aril ke?”tanya Aril lagi.


“Buat apa nak tahu? Sebelum ni awak tak pernah ambik tahu pun.”

aku terus menyentap tangan ku dari terus dipegang Aril. Aku terus melangkah pergi. Mood aku nak bershopping pun dah hilang. Baik aku balik.

Aku tidak peduli lagi panggilan Aril...makin dia mengejar aku, makin laju aku mengatur langkah.

“Elina tunggu dulu.”jerit Aril.


“Apa ni Aril. Bagi balik kunci motor tu...”Aril menyambar kunci skuterku.


“Aril takkan bagi selagi Elina tak mahu jumpa Aril.”


“Nak jumpa buat apa?”


“Aril nak minta maaf. Aril mengaku Aril salah.”


“Setelah sekian lama Aril menyepi kenapa baru sakarang Aril datang cari. Kenapa masa Elina sibuk cari Aril tak pernah peduli.!!”balasku kuat.


“Aril minta maaf. Aril tahu Aril salah...”


“Mana Aril tahu Elina tinggal disini?”boleh pula dia cari aku sampai ke Sungai Petani. Sebelum ni dia tak tahu langsung aku berhijrah ke sini. Agaknya dari siapa dia tahu.


“Adik Elina.”hah rupanya adik aku.


“Apa semua ni Elina. Pakai baju macam ni...Ni topi atas kepala.”Aril menarik topiku laju. Dibuangnya topiku ke tong sampah. Terburai rambutku yang kusorokkan dengan topi.


“Awak ni apahal?”


'Pang'satu penampar naik ke pipiku.

Aku mengusap pipiku. Memang pedih. Tajam mataku merenung Aril. Airmataku jatuh lagi. Tergamak dia menamparku. Apa hak dia untuk tampar aku.

Aku menolak kasar Aril dan merebut kunciku ditangan Aril. Terus aku berlalu dan pergi jauh dari pandangannya. Kenapa hari ni aku jumpa dua orang makhluk ni...Aril dan juga Jeffry. Dua orang ni memang menyerabut kepala otak aku je.


…........................


“Minah senget!!”Mamat sewel ni lagi. Kenapa la terserempak dengan dia lagi. Aku dah malas la nak gaduh-gaduh dengan kau. Tolong la jangan cari pasal dengan aku.


“Minah senget!!”sekali lagi dia memanggilkan aku. Aku tetap tidak menyahut panggilannya. Jika aku menyahut betul la aku ni minah senget. Baik aku buat dek je.


“Minah sengettttt!!!!!!”


“Elina!!”kali ini di memanggil namaku yang sebenar. Pertama kali dia memanggilku dengan nama penuhku. Aku menghentikan langkahku.


“Kenapa kau ni. Tak dengar ke aku panggil. Dah la jalan laju macam berlari.. penat la aku kejar”Mamat sewel termengah-mengah mengejarku. Dia berhenti dan menarik nafas panjang. Baru kejar sikit dah nak tercungap. Apa la!!!


“Kenapa? Aku tak nak gaduh dengan kau lagi. Aku dah letih la.”jawabku. Aku terus melangkah kakiku. Tidak ku pedulikan mamat sewel yang masih tercungap-cungap.



“Aduh!!! Tunggu la Minah senget.”


“Eh silap...Elina.”mamat sewel menampar pipinya perlahan.


“Kau nak apa? Aku dah taknak gaduh dengan kau lagi.”


“Aku cuma nak sampaikan pesan kakak aku.”


“Bila masa pulak aku kenal kakak kau?”


“Alaaa...yang kat butik semalam tu. Kau nak tak kebaya biru tu?”aku mengetap bibirku. Kebaya biru? Alaaa....baru aku teringat. Aku terus melangkah rentak kakiku makin laju.


“Kau nak tak?”


“Tak nak!!!”


“Kenapa? Kan ayu kau pakai semalam. Aku suka tengok kau semalam. Cantik!!”


“Aku tak tahu...”


“Elina, tunggu!!”


“Apa lagi mat sewel.?”ops..aku dah terbiasa dengan panggilan mat sewel. Alaaa...tak kisah la.


“Jangan la panggil aku mat sewel. Aku ada nama.”balasnya.


“Aku Jeffry..dan salam perkenalan.”


Aku menyambut salam mat sewel..ups sory Jeffry. “Aku Elina..”


“Aku minta maaf sebab sebelum ni selalu sakitkan hati kau. Aku gelarkan kau lesbian, minah senget la.. aku minta maaf sangat-sangat.”


“Ok..aku pun.”entah kenapa dengan senang je aku menguntumkan satu senyuman kepada Jeffry.


“Thanks Elina..”


Kami terus berjalan seiring. Bila diungkit balik cerita semasa awal pertemuan, kami saling tertawa. Terasa kelakar pulak bila ingatkan saat-saat tu.


“Aku ada sesuatu nak bagi pada kau. Mesti kau suka.”Jeffry pergi mendapatkan sesuatu di keretanya sementara aku masih berdiri di hadapan pintu gerbang kolej kami.


“Elina!!!”


“Apa lagi awak ni? Kenapa cari saya sampai sini.?”marahku bila melihat Aril datang menghampiriku dengan membawa sejambak bung ros merah. Itulah bunga kesukaanku. Dia masih ingat bunga kesukaanku. Terharunya. Eh...jangan ambil Elina...jangan... Jangan kau termakan dengan pujuk rayunya.


“Terima kasih je. Saya dah tak minat dengan bunga-bunga ni. Bagi je pada kekasih awak yang manja tu.”bidasku.


“Please Elina. Maafkan Aril. Aril tak sengaja tampar Elina semalam. Aril tak suka tengok Elina macam ni. Memang dah lain... Aril cuma nak Elina yang dulu.. Yang lemah-lembut, penuh sopan-santun...Tapi kenapa sekarang Elina berubah?”balas Aril perlahan.


“Kau boleh tanya kenapa dia berubah?”tiba-tiba suara Jaja mula menyapa pertelingkahan kami berdua.


“Kau tahu tak...semua ni sebab kau!!! Sebab kau dia berubah dan bertekad nak ubah penampilan dia. Sebab kau dah sakitkan hati dia.. Kau dah kecewakan dia.... Selama ni dia tunggu kau, tapi apa yang dia dapat. Kau pergi sana senang-senang cari pengganti baru. Elin dekat sini dah macam orang gila tunggukan kau. Makan tak lalu...semuanya buat kerja tak menjadi...semuanya sebab kau!!!”bentak Jaja kuat.


“Sudah la Jaja.”


“Kenapa? Kau nak bela dia?”


“Bukan..akuuu...”


“Sudah la Elin. Biar dia tahu semuanya. Biar dia tahu!!! Betapa setianya kau tunggu dia sebelum ni.”


“Elina, Aril betul-betul minta maaf. Aril tahu Aril silap. Aril janji lepas ni Aril tak ulanginya lagi.”Aril melutut ke dihujung kakiku... eeee apa ni..orang tengok la. Malu la buat macamni. Macam drama cinta pulak.


“Sudah la Aril. Elina maafkan.”mulutku ringan je memaafkan dia. Sebenarnya aku malu terus diperhatikan teman-teman sekolejku.

Mana si Jeffry ni. Kata ada benda nak bagi aku...


“Elina..mari ikut Aril. Aril ada sesuatu untuk Elina.”aku membontoti juga ke arah kereta mewah Aril setelah Jeffry entah tiba-tiba menghilang. Apa yang dia nak bagi pada aku? Itu yang bermain difikiranku pula walaupun aku sudah jauh melepasi dari kolejku. Walaupun aku disebelah Aril, ingatan aku tetap pada Jeffry...aku pun tak tahu kenapa aku tertanya-tanya. Kenapa aku boleh berbaik dengan Jeffry sedangkan sebelum ni kami memang tidak boleh bertembung langsung. Dah macam anjing dengan kucing. Tapi tadi aku rasa senang je bila dekat dengannya. Bagaikan ada sesuatu perasaan tersembunyi. Aku sukakan dia ke? Ah mustahil.


“Elina”


“Elina!!”aku tersentap dengan panggilan Aril. Sejak bila pula dia dah bukakan pintu untuk aku. Dah tercangak diluar pun. Aku tak perasan pun.

Aril menarik tanganku ke suatu tempat. Di tutupnya mataku dengan kain hitam. Di tarikku lagi ke sesuatu tempat. Jantung ku sekarang dup dap dup dap....berdebar.

“Ok..sekarang buka mata.”


Apa maksud semua ni? Ada sebiji kek bentuk hati bewarna merah dan alunan viola mengiringi nyanyian Aril.


“Happy birthday to you.. happy birthday to you...

Happy birthday to you Elina... HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!”aku menekup mulutku. Arh terharunya aku. Aril masih ingat lagi hari ulang tahunku.


“Selamat hari ulang tahun sayang..”tersentap jantungku bila mendengar perkataan sayang itu lagi.

“Terima kasih Aril. Rupanya masih ingat. Ingatkan dah lupa.”airmataku dengan senang je menitis mengenakan pipiku. Perlahan Aril mengelap airmataku.


“Aril nak tunaikan janji Aril..”


“Janji?”

Aril mencapai sesuatu di dalam poketnya.


“Sudikah Elina jadi isteri Aril.?”airmataku terus mengalir dan terus menitis.


…..............


“Kau ada nampak Jeffry tak Adam?”


“Aku tak tahu...aku dah tak tinggal dengan dia. Dia dah keluar dari rumah sewa.”


“Abis tu dia ke mana?”


“Mana aku tahu..”


“Kau nak jumpa Jeffry kenapa?”


“Hari tu dia kata ada sesuatu nak bagi pada aku. Aku tunggu tapi dia tak datang. Tu yang aku pergi..dah seminggu aku tak nampak dia kat kolej. Kenapa ye?”


“Aku tak tahu...kau asyik tanya Jeffry apahal? Kau rindukan dia ke?”sinis Adam.


“Eh mana ada..”


“Alaa..Elin kau tak payah tipu aku. Aku tahu hati kau dah di curi Jeffry kan?”


“Heh!! Mana ada. Kau tu je buat cerita.”


“Aku dah kenal sangat dengan kau Elin. Kalau tak buat apa kau nak cari dia. Kau rindukan dia ni...”


“Arh!! Malaslah aku nak layan kau.”aku terus pergi. Ke mana lagi aku nak cari Jeffry? Dah la seminggu tak datang kolej. Haaaa...butik. Butik hari tu kan kakak dia punya. Mesti dia ada sana.


“Assalamualaikum kak...”


“Hah...awak yang hari tu kan? Kenapa nak cari kebaya hari tu ke? Kalau nak kebaya tu dah tak de. Dah ada orang beli..”belum sempat aku nak buka mulut ni..laju je dia menjawab.


“Eh..tak , saya nak cari Jeffry. Akak ni kakak dia kan. Saya Elina..”


“Oh..inilah Elina yang sering Jeffry cerita tu rupanya.”


“Apa yang dia cerita kak?”


“Dia cerita dia dah jatuh cinta pada Elina. Dah lama. Tapi dia tak berani nak luah sebab Elina dan Jef kan selalu je bertekak. Dia nak berbaik dengan Elina tapi asyik tak menjadi je.. Bila nak baik mesti bergaduh balik.”aku mendengarnya.


“Dia takde buruk-burukkan saya?”


“Takde..dia cuma kata Elina cukup istimewa dan lain dari yang lain.”


Macam nak luruh je jantung aku ni. Kenapa kau tak berterus-terang je dengan aku.


“Tapi mana dia sekarang kak? Dah seminggu dia tak datang kolej?”


“Dia balik Kuala lumpur. Bila nak datang balik pun akak tak tahu.”

aku terduduk. Entah kenapa aku rasa sedih sangat dengan pemergian Jeffry. Kenapa dia pergi tak beritahu aku.?


“Jeffry dah berikan baju kebaya biru pada Elina?”aku hanya menggelengkan kepalaku. Agaknya itu yang hendak diberikannya pada aku tempoh hari. Tapi kenapa dia terus pergi.? Kenapa dia tak berikannya pada aku? Adakah sebab pada waktu itu aku bersama Aril.? Pertanyaan demi pertanyaan datang di fikiranku.

Senang lagi airmataku jatuh. Kali ini disebabkan Jeffry. Kenapa kau pergi Jef. Kenapa kau bodoh sangat. Kau terus pergi tanpa khabarkan aku apa-apa.


“Elina balik dulu kak..”aku terus keluar laju. Aku tidak mahu kakak Jeffry perasan airmataku ini menitis disebabkan adiknya.


“Maaf!! Saya tak sengaja.”Aku mengambil barang lelaki dihadapanku itu. Aku tidak tersengaja untuk terlanggar sesiapa pun.

Kebaya biru? Aku kalut mencapai kebaya biru yang terjatuh dari plastik. Lantas aku mendongakkan kepalaku.


“Jeffry!!!”


“Elina..”


“Kau pergi mana? Dah lama aku cari kau.”Aku mengelap airmtataku.


“Aku balik KL dan buat pertukaran ke kolej di sana?”


“Tapi kenapa?”aku merenung Jeffry inginkan kepastian.


“Kau nak jauhkan diri dari aku?”


“Aku tak mahu ganggu hidup kau. Kau kan dah ada kekasih yang kau tunggu sekian lama. Sekarang dia dah datang cari kau. Mesti kau sukakan? Dapat balik dengan kekasih yang kau cinta?”balas Jeffry.


“Jadi kau nak tinggal aku la.”

Jeffry hanya diam. Tidak menjawab persoalan yang kutanya.


“Baju kebaya ni untuk aku kan?”

Jeffry mengetap bibirnya. Dan perlahan dia menganggukkan kepalanya.


“Jadi aku punya la”Jeffry mengangguk kepalanya lagi.


“Ok..thanks. Aku ambik ni..”aku masuk balik ke dalam dan Jeffry pula masih tercangak di situ. Langkahnya terus terhenti disitu.


Dengan ayunya aku melangkah kaki menuju ke arah Jeffry yang masih tertunduk. Entah apa yang merunsingkan hatinya.


“Jef...”perlahan Jeffry mendongakkan kepalanya. Dia terus memandangku.


“Kenapa? Kau tak suka?”


“Kau tak suka aku?”


“Maksud kau?”


“Kau tak suka aku ke?”


“Aku suka. Tapi aku tak suka jadi orang ke tiga.”


“Mana kau tahu kau orang ketiga?”


“Aku dah dengar semuanya Elina. Aku dah tengok sendiri kau ikut dia dan aku juga ikut ke mana korang pergi. Dia lamar kau...aku tahu. Aku doakan kau bahagia.”Jeffry mengeluh panjang.


“Kau rasa aku terima ke?”


Jeffry menganggukkan kepalanya. “Mesti kau terima...kan kau dah tunggu dia lama. Takkan kau nak lepaskan peluang.”


“Kau ni sengal la...mana ada aku terima lamaran dia. Lain kali tak tahu hujung pangkal jangan dok buat andaian sendiri.”bidasku pula.


“Betul ni? Kau tolak lamaran dia?”aku menganggukan kepalaku laju. Jeffry pula menggenggam jemariku.


“Jadi aku ada peluang la..”


“Takde...”

Jeffry melepaskan kembali jemariku.


“Sebab kau kan dah tukar ke KL. Takde peluang la nak dekat dengan aku.”


“Aku tak jadi...aku stay sini...Jadi aku ada peluang?”aku menganggukkan kepalaku.


“Jadi kau nak bagi peluang pada aku la?”


“Terus terang je Jef. Akak dah bagitahu kau haritu...nanti terlepas kau juga nak melopong.”kakak Jeffry mula menyampuk.


“Hmm...kau nak ke jadi buah hati aku?”

Aku berjalan-jalan di depan Jeffry. Pelbagai gaya aku lakukan supaya dia perasan...tapi dia langsung tak perasan apa yang aku lakukan.

“Ish...tak faham ke? Kau nampak tak aku pakai baju apa ni?”

“Kebaya biru...”

“Pemberian siapa?”

“Aku la. Hadiah harijadi kau.”

“So....aku dah pakai. Jadi maknanya....”

“Kau terima aku la....”aku menganggukkan kepalaku.

Sekarang sudah 7 tahun hubungan kami kekal sebagai suami isteri. Menjadi juga persandingan kami. Dari kena denda bersanding olok-olok dikolej hingga ke jinjang pelamin yang sebenarnya. Itulah kisah hidupku bagaimana bermulanya cintaku dengan suamiku berputik. Dari musuh menjadi sayang. Kini aku bahagia dengan hadirnya 2 orang cahaya mata. Semoga hubungan kami akan terus kekal selamanya...

2 comments:

  1. terbaik, harap2 novel minah senget vs mamat sewel pun hepy ending cam ni.. serius yangkap leleh baca novel nih...

    ReplyDelete

ANDA JUGA SUKA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...